welcome~

selamat datang..hope tertarik ye!!

gadess cherry


I made this widget at MyFlashFetish.com.

welcome~

welcome to my blog..

Friday, October 7, 2011

Assalammualaikum......
          YA ALLAH!!!!!!! Lama giler aku tak cot cet kat sini! Rindunya!!!!! Banyak kejadian yang dah terjadi dan aku langsung tak tulis kat sinih..
           Memandangkan dah lama sgt.. Aku amek cerita terbaru je la ye.. Jgn marah.. Nanti kena jual.. :D
      Hari tu, aku dan member2 tersayang main skipping kat sebelah library. T'tiba Jimmy panggil miss joker. miss joker suruh kitorang blah dulu.
      Bila Jimmy dah abes ckp, miss joker mintak aku supaya bersabar. aku try teka kenapa. X sangka tekaan aku betul! mr.bean suka miss happy!!!!! Kebetulan waktu tuh guru disiplin pass by. aku, miss happy and miss photographer sempat chow, tp miss joker and miss rajja x sempat. ha.. jgn t'kejut tau.. aku dan miss rajja dah b'kawan baik skang. tanpa disangka-sangka, miss rajja suka kat danny phantom rupanya.. giler,en?
     berbalik pada citer tadi, sebab dua orang member aku tu x sempat blah, dorang pon kena tolong guru disiplin. waktu tu, aku dgn lagi dua orang member ni tgh nyorok belakang kabin dan waktu tu jugakla air mata aku yang beharga ni keluar! ( ^_^ ) giler siot! aku dah rancang awal2 untuk x kasi tau dorang apa aku rasa, tapi tiba2 lak termenangis kat situ. masalah negara btol! air mata ni pon satu! nak keluar x kena tempat! akhirnya, setelah didesak dan didesak oleh dua ekor kucing parsi a.k.a. bestfriends aku ni, aku pon ceritalah apa yg sebenarnya aku x nak ceritakan..
    "aku x kisah kalo mr bean nak suka miss happy. miss happy pon baik, cun habis dan banyak lagi keistimewaan yg ada pada dia. mr bean berhak suka sesiapa aje yg dia nak suka. aku ni sape nak halang dia? bila tau pasal menda alah ni pon, hati aku dah jadi tawar. aku rasa cam oang bodoh, tau tak?!! dia lelaki pertama yang buat aku menangis sampai camni. x sangka betol sampai camni aku gila bayang kat dia. siap keluar air mata lagi, ow! dahsyat giler!
    aku ada terfikir gak, buat ape nak tipu perasaan sendiri? sekarang ni, aku betul2 rasa biase2 je dgn mr bean. hebat x?
    tp aku x rasa menyesal pon kalo dia suke miss happy. miss happy cinta mati kat jimmy. jgn terkejut lg, miss happy suka jimmy dari standard 1! memngong kan, dah lama simpan rahsia, skang baru nak ckp ngan kitorang. podahh minah ayu ni!
  hmm.. bukan boleh mati pon kalo x de mr bean. asal ada air, makanan dan oksigen yang ALLAH bagi, insyaAllah, aku boleh teruskan idop dan berusaha mencapai impian aku nenjadi muslimah yang akan menegakkan islam suatu hari nanti. insyaAllah..Amin..
ITU PIKIRAN AKU HARI TU.. UNTUK HARI NI PULAK...
hari lain..
   petang tadi, aku balik pukul 6. ye la, adik aku exam. aku lalu sebelah surau dan tgk kat padang. niat nak tengok adik lelaki aku tuh, tapi mata tercari-cari mr bean. entahlah.. aku sendiri x pasti apa yg aku rasa.
  orang ckp, mulut kata lain, hati kata lain. tapi dalam kes aku ni lain cerita. mulut dgn hati dua2 kata sama. dorang ckp, aku dah x suka mr bean. ntahlah.. mungkin hati besar ckp camtu, hati kecik ckp lain. apapun, aku dah boleh yakinkan hati aku yg aku masih suka kat mr bean.
  mr.bean, mandrem ape ko pakai kat aku nih..? ko, kalo dgn aku, senang je nak suke pompuan lain. tp, aku nak lupakan ko, sakit cam orang nazak tau, x? aku x tau nak buat camne nih.. aku tau aku ni bukan sesape utk ko. aku pon dah try utk jadikan ko bukan someone special dlm hati aku. tp, susahlah beb.. payah.. apa kata ko ajar aku mandrem yg ko guna tu. gerenti dapat lupakan ko x sampai sesaat. siksa tau x..
miss_cherry
                     

Wednesday, June 8, 2011

Assalammualaikum..
                  Yoww.. How's life? Aku? Sederhana. Hehe.. Sederhana camne pon kena happy selalu kan? Haha. Smile always. Senyum itu kan sedekah.
           Sebelum nak start gossip pasal apa2, nak ucap tahnia kat miss_happy sebab berjaya mewakili negeri sembilan dalam acara tilawah AL-QUR'AN. Tak sabar nak tau result ni. Nanti, bila start sekolah, aku tanya miss_happy.
            Hm.. Sebelum cuti ni, miss_joker ada tanya kat mr.bean, sama ada dia suka aku ke tak? Dulu, masa miss_joker tanya, dia kata ye. Kali ni pulak dia cakap tak. Kenapa..? Dia ckp sebab sharky/sharboy & jimmy neutron asyik nak cari gaduh dengan dia. Mungkin sebab dorang dah syak yang mr.bean suka aku.
            Dan satu lagi, miss_happy suka jimmy neutron!!!! Dia mengaku sendiri dgn aku & member2 yg lain. Aku mula rasa happy. Miss_happy is a very beautiful & kind girl. Sape benci dgn dia tu mmg sah buta! Plan aku sng je. Ada FB, aku gunakan sebaiknya. Aku ckp dgn sharkboy supaya beritahu jimmy neutron pasal miss_happy tu. Miss_happy ckp, dia suka jimmy neutron sejak dari darjah satu lagi. Mestilah jimmy neutron kembang2 idong dan akan suka pada miss_happy!! Lepas tu, sharkboy yang memang dah suka miss joker tu pulak tak kan jadi penghalang.
            Jadi, takde sape lagi boleh kacau aku dan mr.bean KECUALI... (ada pulak kecuali) miss genius yg memang minat kat mr.bean dari tahun lepas lagi. Biarlah dia.. Semua orang ada hak masing2. Aku tak nak kacau hak dia sbb aku pun ada hak sendiri. Kalau aku tak nak hak aku kena kacau, baik aku jgn kacau hak orang lain.
           Okeylah.. Setakat ni dulu yg aku boleh kongsikan. Bye2 semua. ASSALAMMUALAIKUM..
miss_cherry

Saturday, April 16, 2011

Assalammualaikum,
                Hai.. Lamanya tak tulis dekat blog! Hehe. Actually, every weekend aku bukak blog tapi malaslah nak tulis. Sekarang dah ada mood balik nak tulis kat sini.
               Semalam aku and mr.sharky chat dekat FB. Lepastu aku tak tau kenapa,aku pergi cakap dekat dia yang aku suka mr.bean.Terkejut beruk dia. Dia tu kan bestfriend mr.bean. Dia tanya kat aku, kenapa aku suka mr.bean dan bukannya mr. jimmy neutron.
              Aku cakaplah yang mr.bean tu suka buat lawak, kelakar and friendly. Tapi mr. sharky kata, mr. jimmy neutron pun macam tu. Dia pun suka buat lawak, kelakar and friendly jugak.
              Tapi aku kata dalam hati, mr. jimmy neutron hanya kelakar, suka buat lawak and being very friendly dekat member dia je. Mana pernah dia buat macam tu dengan aku. Mr.Bean pulak selalu buat macam tu dekat aku, tambah lagi semenjak dah kena tukar tempat ni.. mr.bean duduk depan aku..
             Kadang-kadang aku panggil dia, kadang-kadang dia pusing belakang lepas tu tanya apa2 benda je yg menarik and best kat aku.. sometimes about homework..
             Hari-hari mr.bean mesti tanya, 'wei, kau dah siap kerja sekolah math ke belum?' Tu yang best tu. Tapi, mr.jimmy neutron tak pernah buat macam tu dekat aku.
             Aku beritahu dekat mr.sharky kenapa aku buat macam tu, sebab aku yakin mr jimmy neutron dah suka orang lain, bukan boleh percaya sangat. Mr.sharky nak cakap dengan aku something about mr.jimmy neutron semalam tapi tak sempat sebab masa tu dah nak maghrib and ayah aku suruh tutup. Dia pun kena pergi masjid.
            Okeylah, kalau ada cerita pasal ni lagi, aku akan cerita dekat korang, ye. Bye2..Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

Assalammualaikum,
                      Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya juga membuga blog. Hari ni aku nak cerita pasal minggu ni..

IsNiN: Tak ada apa-apa yg syok..
SeLaSa: pon sama.. boring..
RaBu: GADUH NGAN MISS CONFIDENT!!!!
              MULA-MULA, MASA KELAS PETANG, KITORANG ADA KELAS PETANG AND KITORANG KENA BUAT TRIPOD. MISS CONFIDENT DALAM GROUP AKU. WAKTU PAGI TU, DIA BAWAK KAYU UNTUK BUAT TRIPOD. TETIBA PULAK WAKTU PETANG DIA PERGI MASUK KUMPULAN LAIN PASTU MINTAK BALIK KAYU-KAYU DIA DEKAT KITORANG. KITORANG YANG MEMANG BENGANG TU BERTAMBAH LAH BENGANGNYA CAUSE KITORANG PUN TAK CUKUP KAYU.
AKU: AMBIK LAH BALIK KAYU KAU NI!
            PASTU, MISS SHY, BESTFRIEND MISS CONFIDENT PERGI BAGITAU KAT MISS CONFIDENT APA YANG KITORANG CAKAP. MISS CONFIDENT YANG PANAS LAGI BARAN TU.. APA LAGI.. TERUS NGAMUK.
MISS CONFIDENT: KALAU TAK NAK KAYU NI, TAK PAYAHLAH MINTAK!!!!!
           AND THEN DIA TERUS BUANG DALAM TONG SAMPAH.. BODOH TAK BODOH..
           DIA NGAN MISS SHY TERUS PERGI TANDAS (TANDAS PON DAH MUAK TENGOK MUKA DIORANG AGAKNYA.. :D) AKU PUN IKUTLAH.. PASTU AKU JERIT KAT MISS CONFIDENT
AKU: KAU BLA LAH!!! BAJET! PERGI MATI LAH!!
MISS CONFIDENT: KAU LAH BLAH!!!
           AKU TERUS LARI KAT GENG AKU. PASTU DIA BAJET GILA TU.. TERUS MASUK KELAS, TULIS SURAT KAT GURU KELAS KITORANG.. SURAT NAK TUKAR KELAS..
AKU: TUKAR KELAS JE KE? KENAPA TAK TUKAR SEKOLAH SEKALI?
          DIA TERUS PERGI BILIK GURU DAN LETAK SURAT TU ATAS MEJA GURU KELAS KITORANG. MISS JOKER YANG PUNYA OTAK BRILLIANT GILA2, DIA CADANG NAK AMBIK SURAT TU THEN KOYAKKAN PASTU BUANG DALAM DUSTBIN! AKU PUN KATA OKEY.. DIA TERUS PERGI DENGAN MISS PHOTOGRAPHER..
          MISS HAPPY ADA PAKAI JAM TANGAN MISS CONFIDENT DARI PAGI. PASTU DIA MINTAK BALIK..
MISS CONFIDENT: WEH, BAGI BALIK JAM AKU..
        MISS HAPPY PUN BUKAK. MASA DIA TENGAH BUKAK TU..
AKU: CAMPAK AJE JAM DIA TU, BIAR PECAH..
        MISS HAPPY TERUS CAMPAK KAT TAR. PASTU MISS CONFIDENT TOLAK KEPALA MISS HAPPY. AKU TERUS BANGUN NAK LAWAN DIA.
AKU: PAHAL KAU!
MISS CONFIDENT: KAU PAHAL?!
       PASTU AKU KE BELAKANG SIKIT. DIA START LAH NAK BAJET GANGSTER.!! BUDUS!!!
       PASTU DIA CAKAP KAT MISS BITTER (BUDAK  BARU DALAM BLOG NI..) YANG AKU TAK GANGSTER. BRADER, GANGSTER GANGSTER NAK BUAT APA... MASUK NERAKA JAHANAM ADALAH!! NGOK! SAH TAK BELAJAR!
      PASTU MASA AKU AND THE GENG MAIN KEJAR-KEJAR.. DIA EJEK AKU HITAM!!! BRO, ITU SATU KELEMAHAN YANG NYATA YANG ADA PADA DIRI AKU.. SO, AKU CUKUP SENSITIVE KALAU ADA ORANG YG EJEK AKU CAM TU. DIA DUDUK KAT KELAS 6B. AKU PERGI KAT DIA, AKU TERUS MENCARUT-CARUT SEPUAS HATI!! AKU MEMANG TAK SANGKA MULUT AKU BOLEH JADI BIADAB SAMPAI MACAM TU SEKALI. AKU AKUI, SEMENJAK KAWAN DENGAN DIA, AKU BANYAK MENCARUT. KALAU DULU AKU TAK BERANI NAK JERIT-JERIT DEPAN ORANG, SEKARANG AKU DAH BERANI! GILA!!! INILAH VIRUS KAWAN NGAN BUDAK TERENCAT AKAL!
      PASTU MISS JOKER PANGGIL AKU. AKU BAGITAU MISS JOKER, MISS HAPPY AND MISS PHOTOGRAPHER YANG MINAH TU EJEK AKU HITAM. PASTU, MISS PHOTOGRAPHER PERGI KAT 6B, TENDANG KERUSI TEMPAT MISS CONFIDENT TENGAH DUDUK, TERJELOPOK MISS CONFIDENT JATUH, MACAM NANGKA BUSUK! HAHA.. AKU YANG TENGAH NANGIS TU TERGELAK-GELAK.. HAHAHA.. GELI HATI!
MISS CONFIDENT: KAU PAHAL?! AKU TAK BUAT KAU PON KAN!!
MISS PHOTOGRAPHER: APAHAL KAU EJEK KAWAN AKU, HAH?!
     PASTU MISS CONFIDENT TENDANG MISS PHOTOGRAPHER. MISS PHOTOGRAPHER TOLAK KEPALA MISS CONFIDENT SAMPAI HUJUNG KELOPAK MATA DIA KENA KAT BUCU TINGKAP! PADAN MUKA! PASTU, BUDAK-BUADAK YANG MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN KITORANG TU KATA CAMNI KAT MISS CONFIDENT..
ADIK MISS JOKER: BOO SAMA DIA!
BUDAK2: BOOOOOO!!
ADIK MISS JOKER: BOO SEKALI LAGI!!!
BUDAK2: BOOOOOO!!
ADIK MISS JOKER: BOO RAMAI-RAMAI!!
BUDAK2: BOOOOOOOOOOO!!!
ADIK MISS JOKER: GELAKKAN DIA..
BIDAK2: HAHAHAHAHAHA!!!!!!
       MISS CONFIDENT TERUS NANGIS.. DIA PERGI DEKAT PUBLIC PHONE, CALL MAK DIA, NAK BALIK CEPAT.. BALIK DUDUK BAWAH KETIAK MAK LAH WEI....

KHAMIS: MISS CONFIDENT NGADU DEKAT GURU KELAS KITORANG, KITORANG KENA MINTA MAAF. AKU DAH MAAFKAN MISS CONFIDENT SEIKHLAS HATI.. DIA PON DAH MINTAK MAAF SEBAB EJEK AKU. TAPI SATU AJE.. AKU MASIH BELUM BOLEH MAAFKAN MISS SHY. SEBAB MISS SHYLAH KITORANG GADUH. KALAU MISS SHY TAK BUKAK MULUT, KITORANG TAKKAN GADUH BESAR CAMNI.
JUMAAT: MAIN KEJAR2.. BEST!!

miss_cherry

          

Thursday, March 17, 2011

Assalammualaikum,
                Hari ini aku agak gembira sebab malam tadi, Mr.Bean baru balik dari kursus. Cuma aku masih belum dapat jumpa dia. Hemm.. Aku sebenarnya takut lah...
               Yang pergi kursus tu ada 7 orang. Antaranya, Mr.Bean dan miss_rajja. Matilah aku.. Macam mana kalau diorang <3 kat sana? Macam mana? Harap-harap tak,lah. Sebab aku TAKUT! Sangat TAKUT. Isy.. Entah kenapa kadang-kadang hati aku ni ada cakap yang aku tak patut sukakan mr.bean sebab dia suka orang lain. Agar aku tak payah jadi macam perigi cari timba.
               Tapi waktu tuisyen ni, aku rasa lain sangat.. Bila mr.bean tak de, macam ada something yang kurang.. Tahun ni aku last kat sekolah tu, macam mana kalau tak dapat jumpa lagi next year. Aku tak tahulah... Peninglah.. Bila fikir balik, rasa nak gelak ada, rasa nak nangis lagi ada! Kadang-kadang penat jugak bila fikir pasal benda ni semua. Kadang-kadang aku ada tercakap sendiri..'Kenapa lah aku terlibat dengan suka kaum berlawanan jantina... Padahal aku kecik lagi..' Hemm..Sakit kepala tau!
               Okey lah.. Sampai sini dulu .Tetiba emotional lak.. Assalammualaikum..
miss_cherry

Friday, March 11, 2011

Assalammualaikum,
                Hai korang. Alhamdulillah.. Ujian semester miss_cherry dah habis semalam.. doa-doakanlah miss_cherry dapat keputusan yang baik atas segala yang telah diusahakan ini..
                Mana taknya, setiap malam baca buku.. dera mata.. tapi, tau-tau ajelah miss cherry ni, spend one hour untuk tengok k-pop hitz. miss_cherry peminat korean band tau. sebabnya: mamat korea hensem giler. second, lagu diorang best giler! pendek kata MELETUP! But yang paling aku minat sekali Beast/B2ST. Diorang punya group ni gempak giler!! Aku paling suka sekali dekat leader dia, Yoon Du Jun. Ataupun aku gelar dia Du Jun aje. Bukan aku yang panggil camtu kat dia, tapi semua fan dia.
               Hah.. Sekarang nak story2 pasal Mr.Bean ni hah. Dia ada kursus.. so sepanjang holiday ni (one week) dia tak pergi tuisyen pon.. Camne ni.. mesti rindu! Dia ada kata yang dia suka miss_rajja. Tapi tadi dia cakap suka budak standard four, Fatin adik Ain yang pandai giler giler tuhh... Camne ni.. Player arh Mr.Bean! Ngok betol..

miss_cherry.
    

Saturday, March 5, 2011

Assalammualaikum...
                  Hai... Lama betul tak tulis dekat blog ni. Hehe... Sebenarnya, aku ada something nak beritahu.. Okey, okey.. Awal-awal nak cakap dulu, mungkin bukan something, but manything... well miss_cherry mulut becok.. haha
                 Pertama sekali, aku nak cakap ni, tak tahu kenapa, mungkin berkat segala yang baik dan nakal-nakal ayam yang ditunjukkan Mr. Bean kepada aku, aku boleh jatuh hati dengan dia. Korang.........., AKU JATUH HATI DENGAN MR.BEAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Unbeliaveable!!!! Impossible!!!!!!!!!!!!!!!! Ahhhhh.... Apa ni.. Kenapa boleh jatuh hati ngan dia pulak.. Alah...
               Tapi, problem-nya sekarang ni, mamat ni minat dekat ex aku. Hei, korang... Mr.Bean bukan gay eh.. Ex aku tu sebenarnya ex-bestfriend. Bukanlah nak kata dia minat dekat ex-BF aku, Mr. Jimmy Neutron.
               Mr. Bean minat dekat miss_rajja.. Well, nama dia start dengan Syah, dalam bahasa arab, Syah is Raja or King. Aku tukar-tukar eja aje lah ye... Faham2 je lah..
               Mr. Bean, main handphone miss_rajja, lepastu borak-borak rahsia dengan miss_rajja... alahhhhhh....Ni yang tak syok ni...
              Miss_rajja tu pun 2x2... same-lah dengan mr.Bean, 2x2=4.. korang belajar math kan.. Siapa yang tak tahu ni.. memanglah bak kata guru tuisyen aku, *sia-sia aje hidup korang selama ni.. 2x2 pun tak tahu.. ish ish ish*
              Waktu kelas petang, miss_rajja yang elok-elok duduk depan sekali tiba-tiba pindah belakang... maybe sebab mr.Bean tu pun duduk belakang..kot. Waktu tu lah mr. Bean main handphone miss_rajja.... i hate this.. kenapa perlu suka dekat orang yang dah suka orang lain? kenapa? kenapa? KENAPA?!!!!!!!! tak suka nya... terus terang ye, i hate this feeling, but can't fight it!  urhhhh

miss_cherry.

Saturday, February 19, 2011

Assalammualaikum, blog reader
                           Hari ni malas nak cakap banyak lah. Walaupun setakat tulis-tulis je, namun  tekakku tetap menderita. Actually aku batuk hari ni.
                           Kerja sekolah melmabak nak buat tapi sebab dah terlalu stress sangat. Terus bukak blog, dengar lagu, bukak FB, chit-chat dgn kawan-kawan. Argh.. Betapa bosannya hari ni... TaPI nak buat macam mana... I can't change the day.. Very moody today... Huarghh.. and very sleepy... dadadadada..... nak pergi buat kerja sekolah and then  i want to sleep PEACELY without any disturbance. BUBYE...

                                                                                                                                        salam kasih,
 miss_cherry         
Assalammualaikum, to all my blog readers,
                   Aku ada khabar baik. Mr. Bean, dengan senang hatinya sikit pun tak mengungkit about the sports day. Nah, this what I like. Aku anggap dia macam bestsfriend aku, cuma taklah sehebat kawan2 baik aku yang lain. They're everything for me, after ALLAH, RASULULLAH, MY PARENTS..Bak kata Abang Faizi, 'Hidup ni tak lengkap tanpa seorang yang digelar sahabat' Sekarang ni aku bukan sorang, tapi 4 orang kawan aku ada. Yowww, diorang memang best dan otak diorang pun sama gila dengan otak aku. Itulah yang dinamakan kawan.

miss_joker:
                the one who always right in mathematics. my class-mate. sit beside me. and the mostimportant...   my gossip-mate!!!!

miss_happy:
               she's the most kind and georgous girl in our group! the one who are really full taking care and never say 'carefree!!!' as her life principe.

miss_photographer:
              the one who like to take my photograph and put it in her handphone! she likes to share her private stories and she likes to say 'no secrets between friends' yeah baby, no secrets...

miss_confident:
             the one who are really confident and brave. I've thought that she may be our protector because of her braveness......

         Okey, korang. speaking time end now. Sekarang ni nak cakap bahasa tanah air pulak. Sampai sini dulu, kalau ada something or many things to share, I'll write in my blog, kay?
                                            salam sayang,
miss_cherry

Tuesday, February 15, 2011

Asslammualaikum,
                     Hari ni, hari Selasa, cuti sekolah sempena MAULIDUL RASUL. Aku nak bagitau ni, rumah biru, masa sukan heri ahad lepas, dapat no........4!!!!! :(   Ni yang rasa macam nak nangis ni. Huhuhuhuhu....AKu dah cuba yang terbaik, tapi kenapa dapat no. 4. Mati lah aku. Isy... Agak-agaknya apa yang MR. BEAN akan cakap nanti. Lebih teruk lagi. Rumah hijau, iaitu rumah yang mr.Bean nak masuk tu, jadi JUARA!!! Tidak.. AKu harap Mr. Bean tak ungkit pasal hari sukan. Aku risau sangat. Teramat sangat..
                   Aku rasa korang boleh agak, kan. Setiap kali aku bawa berita baik, aku akan bawa berita sedih. Dan setiap kali aku bawa berita buruk, pasti akan ada berita baik.
                   Tadi aku cakap pasal berita buruk, tapi sekarang aku nak cakap pasal berita baik. Kawan baik aku, not miss_joker, tapi miss_happy, dah baik dengan aku. Sebenarnya, minah yang aku tak sanggup nak tulis nama tu, ialah miss_happy. Sorry miss_happy, aku tahu hari ni birthday kau. Wish the best for you. Miss you.
 miss_cherry


*aku akan tekadkan dalam hati, kalau tahun depan, aku akan pastikan rumah sukan aku akan berjaya!!!! yeah!! wohoo miss_cherry! you can do it!!!!!!!!!*

Wednesday, February 9, 2011

Assalammualaikum......
                Masuk hari ni, aku boleh anggarkan kalau memang dah lama aku tak menulis blog. Sibuk sangat dengan kerja rumah yang berlambak tu.
                Topik kali ni.... (chewah... macam nak motivasi lah pulak. ^_^) sebenarnya aku nak cakap pasal sukan lagi. Well, dua minggu raptai, kan? Mana boleh lepas topik!
                Mr. Bean dah okey. Aku suka bila dia ada spirit nak menangkan rumah biru. Kalau dulu, dia  adalah jugak semangat nak menangkan rumah biru, tapi asyik dapat last aje. Tapi hari ni, aku boleh senyum lebar, bukan samapai telinga, sampai dahi pun boleh jugak. Haha.. hari ni... pertama kali dalam sejarah dua minggu raptai, rumah biru mendapat tempat yang pertama banyak kali! Fuh! I like it!! Very much!!!!!
               Korang janganlah ingat aku asyik bawak berita gembira je. Ada jugak berita sedihnya. Bestfriend aku yang sorang ni berubah sangat!!!!! Aku tak tahu kenapa. Bila cerita pasal dia, aku jadi tak sanggup pulak nak teruskan. Nak tulis nama dia pun tak sanggup. Susah betul macam ni.. Macam mana aku nak kembalikan sahabat aku yang dulu? Yang macam biasa aje?!
miss_cherry

Thursday, February 3, 2011

Assalammualaikum,
                Rasa-rasa, dah lebih kurang dua minggu aku tak menulis kan? Maklumlah, aku agak sibuk kebelakangan ini. Namun kini, aku berada di Pulau Pinang, sempena cuti raya Cina. Dan Alhamdulillah, aku berpeluang menulis blog pada hari ini.
               Sepanjang dua minggu ini, bermacam perkara yang berlaku dan aku menempuhinya. Pertama, fitnah si Mr. Dannny Phantom. Dia kata, aku, miss joker, miss ribena, miss blueberry, and miss confident, suka pada dia. Semua ni, kawan Mr. Jimmy Neutron yang beritahu aku.Aku panggil dia Mr. Sharky. Dia, Mr. Bean (kawan Mr. Jimmy Neutron), and Mr. Poyo (kwn baik Mr. Jimmy Neutron jugak) tak berapa suka dengan Mr. Danny Phantom sebab mamat tu bajet giler. Hmm... Entahlah.. Aku pun tak tahu mengapa aku difitnah sebegitu rupa. Aku benci dia! Dia suka cakap benda tak elok. Aku tak suka dia!
               Kedua, Jimmy Neutron buat hal. Dia bajet berborak dengan miss confident. Mungkin nak buat aku jealous. Aku tak jealous tapi sakit hati sesangat. Aku dah mintak putus untuk kebaikan aku dan dia. Kami akan menghadapi periksa besar tahun ni. Tapi kenapa dia tak pernah faham?! Atau mungkin dia tak nak cuba untuk faham? Susahlah macam ni....
            Ketiga, sukan tahunan menjelang lagi. Tahun ni, adalah tahun terakhir aku di sekolah tu. Jadi aku harap pada tahun ini, rumah sukan aku, iaitu rumah biru, menjadi juara sebab, tahun lepas rumah biru mendapat tempat keempat (terakhir). Tapi, Mr. Bean buat hal. Dari tahun per-tama hingga ke tahun- yg kelima, Mr. Bean berada di rumah sepasukan aku, biru. Tapi tahun ini, senarai namanya ada pada rumah hijau dan biru. Dia harus masuk biru kerana dari tahun pertama hingga kelima dia di rumah biru.  Tapi dia nak masuk rumah hijau dan dia kutuk rumah biru. Walaubagaimanapun, dia tetap masuk biru sebab guru kitorang suruh. Aku menangis bila dia masuk rumah hijau. Aku tak tahu kenapa. Aku mengharapkan dia. Yang aku sakit hatinya, dia beritahuaku yang dia tahu buat betul-betul untuk rumah biru. Aku mengharapkan dia sekrang.... Hari penghabisan raptai sukan tidak lama lagi....
miss_cherry
        
               

Monday, January 24, 2011

      Hari ni.. Kalau nak kata hari yang tak berapa nak okey sangat, boleh jugak. Kalau nak kata hari bertuah, memang bolehlah!
      Hari ni, kalu nak kata yang menyeronokkan tu, adalah pasal aku asyik kena puji aje dengan cikgu. Mana tak kembang semangkuk mi sup hidung aku yang dah sedia mancung ni (chewah ^_^). Tadi, waktu class Mathematics, ada soalan kuiz dan aku mendapat tempat pertama sebab aku orang pertama yang betul dan aku jugalah orang pertama yang hantar jawapan soalan kuiz tu pada cikgu. Aku dapat menyiapkannya dalam masa tak kurang dua minit. Macam satu minit gitu.. bolehlah. Dan aku asyik dipuji aje lepas tu. Yang aku peliknya, budak pendiam yang agak bijak tu (diam-diam ubi berisi punya kes lah ni...), tak dapat nak jawab soalan kuiz dalam masa yang pantas. Malah, dia menjadi antara yang last sekali hantar jawapan kuiz. Macam tak percaya pula.. Biasalah, manusia, bila-bila masa pun boleh berubah.
    Dan untuk bahagian yang tak menyeronokkan a.k.a sedih, tanpa disangka-sangka... kawan yang selama ini aku anggap kawan ternyata tak suka pada aku. Orangnya ialah miss confident. Dia beritahu pada bestfriend aku, miss happy, yang dia benci kat aku and dekat miss joker (sorang lagi bestfriend. dia ni adalah orang yang paling rapat dengan aku sebab kitorang dah kawan 6 tahun.). Aku tak tahu kenapa. Dia kata aku berlagak baik. Susah betullah macam ni. Aku hanya mampu berdoa agar Allah sabarkan dan tabahkan hati aku ini supaya aku tak balas dendam pada dia.
miss_cherry

Friday, January 21, 2011

Assalammualaikum,
              Hari ini ada kelas tambahan. Dan ada perkara yang aku nak ceritakan sepanjang kelas tambahan.
              Kitorang semua dah sedia maklum bahawa kelas tambahan mula pukul 8:00 pagi. Tapi, adalah mamat poyo tu datang pukul 9:00 pagi. Dia ialah... Mr. Danny Phantom yang digilai oleh budak perempuan yang ada penyakit cinta yang kronik. Lepas tu, guru yang mengajar kitorang tu, atau aku panggil dia Mr.M. Kata Mr.M, budak ni action. Dah lah lambat, action pula tu. Waktu tu lah dia diketawakan oleh semua orang. Serves him right! Budak perempuan yang suka kat dia gelak lebih-lebih. Menyampah!
              Sekarang aku dah dapat cam sorang lagi budak yang RAPAT dengan aku, yang suka Mr.Danny Phantom. Dia ialah.. Miss_Confident.
            Buktinya ialah, tadi waktu kelas dah habis, dia ajak aku pergi tandas, aku pun ikut ajelah. Masa kat tandas, dia tanya aku 'Kau percaya tak 'Mr.Danny Phantom' suka dekat ______?' Aku cakap entah ajelah. Aku tahu, semenjak terdengar khabar angin pasal si Mr.Danny Phantom tu minat kat awek sorang ni, miss_confident ni jadi lain macam sikit. Cuma waktu tu, aku malas lah nak fikir yang bukan-bukan. Tapi, bila waktu kat tandas tadi, aku dah mula somethinglah.
          Kat kelas tadi pun sama. Ada sorang budak perempuan ni, berdasarkan sifat dia, aku gelar dia miss_shy. Dia ni pemalu sikit. Tapi bila depan Mr.Danny Phantom ni, bukan main lagi! Isy..Isy.. Aku memang tak sangka betullah. Budak macam miss_shy tu macam tu.
        Minggu lepas, miss_shy dengan miss_diva (kawan baik miss_shy), pergi letak stokin busuk kat dalam beg Mr. Danny Phantom. Bila miss_shy dengan miss_diva dah keluar, aku dengan miss_confident lah yang keluarkan stokin busuk tu dari beg Mr. Danny Phantom. Aku buat tu atas dasar kemanusiaan, tapi aku tak taulah miss_confident tu macam mana. Sebab dia yang beria-ia nak tulis surat kat Mr. Danny Phantom, nak bagi tau Mr. Danny Phantom ada orang bubuh stokin busuk kat dalam beg dia.
       Bila kitorang tanya miss_shy, apa motif dia buat semua tu, katanya, dia tak nak Mr. Danny Phantom sukakan dia. Lah.... Rupanya dia perasan Mr. Danny Phantom tu suka kat dia.. Isy.. isy.. Nampaknya miss_shy pun dah terkena jangkitan virus penyakit kronik bergelar cinta tak berbalas....
miss_cherry
     Hari ini ialah hari yang merupakan hari yang agak gembira buat aku. Walaupun tidak seberapa bagi yang lain, namun, bagi aku, satu perkara gembira terjadi dalam sesuatu hari itu, kiranya gembiralah tu.
     Kumpulan aku berjaya mendapat tempat pertama ketika membuat pembentangan tentang keburukan & kebaikan adab bekerja. Walaupun kedengaran tidak seberapa, namun inilah kali pertama kumpulan di bawah bimbingan aku mendapat tempat pertama dalam kerja-kerja pembentangan yang di beri oleh ustaz.
    Seperti biasa, Mr. Danny Phantom dan Mr. Jimmy Neutron kekal berlagak. Dengan rambut macam orang sakai, baju pulak dipakai setakat nak tunjuk poyo kat budak perempuan, datang kelas petang, rasa macam nak muntah pula bila tengok. Lebih-leboh lagi, mata si Mr. Danny Phantom tu memang gatal. Sekejap-sekejap meliar memandang budak perempuan. Untung aku tak dipandangnya.
    Aku tahu, dia sering menjadi idaman pelajar permpuan lain. Maklumlah, muka boleh tahan walaupun sebenarnya mengalahkan beruk. Budak perempuan ramai yang kata diorang menyampah kat Mr. Danny Phantom. Tapi dah terang lagi bersuluh, diorang sendiri minat dekat Mr. Danny Phantom sebab asal duduk berbual dengan aku, tak ada topik lain, asyik-asyik si Mr. Danny Phantom tu. Bosanlah! Sebab tu kalau dah mula diorang topik pasal mamat tu, aku terus blah. Tak kuasa nak layan. Isy.. Isy.. Penyakit cinta diorang memang kronik! Tak sanggup nak di fikirkan lagi!
miss_cherry