welcome~

selamat datang..hope tertarik ye!!

gadess cherry


I made this widget at MyFlashFetish.com.

welcome~

welcome to my blog..

Friday, January 21, 2011

     Hari ini ialah hari yang merupakan hari yang agak gembira buat aku. Walaupun tidak seberapa bagi yang lain, namun, bagi aku, satu perkara gembira terjadi dalam sesuatu hari itu, kiranya gembiralah tu.
     Kumpulan aku berjaya mendapat tempat pertama ketika membuat pembentangan tentang keburukan & kebaikan adab bekerja. Walaupun kedengaran tidak seberapa, namun inilah kali pertama kumpulan di bawah bimbingan aku mendapat tempat pertama dalam kerja-kerja pembentangan yang di beri oleh ustaz.
    Seperti biasa, Mr. Danny Phantom dan Mr. Jimmy Neutron kekal berlagak. Dengan rambut macam orang sakai, baju pulak dipakai setakat nak tunjuk poyo kat budak perempuan, datang kelas petang, rasa macam nak muntah pula bila tengok. Lebih-leboh lagi, mata si Mr. Danny Phantom tu memang gatal. Sekejap-sekejap meliar memandang budak perempuan. Untung aku tak dipandangnya.
    Aku tahu, dia sering menjadi idaman pelajar permpuan lain. Maklumlah, muka boleh tahan walaupun sebenarnya mengalahkan beruk. Budak perempuan ramai yang kata diorang menyampah kat Mr. Danny Phantom. Tapi dah terang lagi bersuluh, diorang sendiri minat dekat Mr. Danny Phantom sebab asal duduk berbual dengan aku, tak ada topik lain, asyik-asyik si Mr. Danny Phantom tu. Bosanlah! Sebab tu kalau dah mula diorang topik pasal mamat tu, aku terus blah. Tak kuasa nak layan. Isy.. Isy.. Penyakit cinta diorang memang kronik! Tak sanggup nak di fikirkan lagi!
miss_cherry

No comments:

Post a Comment