welcome~

selamat datang..hope tertarik ye!!

gadess cherry


I made this widget at MyFlashFetish.com.

welcome~

welcome to my blog..

Monday, January 24, 2011

      Hari ni.. Kalau nak kata hari yang tak berapa nak okey sangat, boleh jugak. Kalau nak kata hari bertuah, memang bolehlah!
      Hari ni, kalu nak kata yang menyeronokkan tu, adalah pasal aku asyik kena puji aje dengan cikgu. Mana tak kembang semangkuk mi sup hidung aku yang dah sedia mancung ni (chewah ^_^). Tadi, waktu class Mathematics, ada soalan kuiz dan aku mendapat tempat pertama sebab aku orang pertama yang betul dan aku jugalah orang pertama yang hantar jawapan soalan kuiz tu pada cikgu. Aku dapat menyiapkannya dalam masa tak kurang dua minit. Macam satu minit gitu.. bolehlah. Dan aku asyik dipuji aje lepas tu. Yang aku peliknya, budak pendiam yang agak bijak tu (diam-diam ubi berisi punya kes lah ni...), tak dapat nak jawab soalan kuiz dalam masa yang pantas. Malah, dia menjadi antara yang last sekali hantar jawapan kuiz. Macam tak percaya pula.. Biasalah, manusia, bila-bila masa pun boleh berubah.
    Dan untuk bahagian yang tak menyeronokkan a.k.a sedih, tanpa disangka-sangka... kawan yang selama ini aku anggap kawan ternyata tak suka pada aku. Orangnya ialah miss confident. Dia beritahu pada bestfriend aku, miss happy, yang dia benci kat aku and dekat miss joker (sorang lagi bestfriend. dia ni adalah orang yang paling rapat dengan aku sebab kitorang dah kawan 6 tahun.). Aku tak tahu kenapa. Dia kata aku berlagak baik. Susah betullah macam ni. Aku hanya mampu berdoa agar Allah sabarkan dan tabahkan hati aku ini supaya aku tak balas dendam pada dia.
miss_cherry

Friday, January 21, 2011

Assalammualaikum,
              Hari ini ada kelas tambahan. Dan ada perkara yang aku nak ceritakan sepanjang kelas tambahan.
              Kitorang semua dah sedia maklum bahawa kelas tambahan mula pukul 8:00 pagi. Tapi, adalah mamat poyo tu datang pukul 9:00 pagi. Dia ialah... Mr. Danny Phantom yang digilai oleh budak perempuan yang ada penyakit cinta yang kronik. Lepas tu, guru yang mengajar kitorang tu, atau aku panggil dia Mr.M. Kata Mr.M, budak ni action. Dah lah lambat, action pula tu. Waktu tu lah dia diketawakan oleh semua orang. Serves him right! Budak perempuan yang suka kat dia gelak lebih-lebih. Menyampah!
              Sekarang aku dah dapat cam sorang lagi budak yang RAPAT dengan aku, yang suka Mr.Danny Phantom. Dia ialah.. Miss_Confident.
            Buktinya ialah, tadi waktu kelas dah habis, dia ajak aku pergi tandas, aku pun ikut ajelah. Masa kat tandas, dia tanya aku 'Kau percaya tak 'Mr.Danny Phantom' suka dekat ______?' Aku cakap entah ajelah. Aku tahu, semenjak terdengar khabar angin pasal si Mr.Danny Phantom tu minat kat awek sorang ni, miss_confident ni jadi lain macam sikit. Cuma waktu tu, aku malas lah nak fikir yang bukan-bukan. Tapi, bila waktu kat tandas tadi, aku dah mula somethinglah.
          Kat kelas tadi pun sama. Ada sorang budak perempuan ni, berdasarkan sifat dia, aku gelar dia miss_shy. Dia ni pemalu sikit. Tapi bila depan Mr.Danny Phantom ni, bukan main lagi! Isy..Isy.. Aku memang tak sangka betullah. Budak macam miss_shy tu macam tu.
        Minggu lepas, miss_shy dengan miss_diva (kawan baik miss_shy), pergi letak stokin busuk kat dalam beg Mr. Danny Phantom. Bila miss_shy dengan miss_diva dah keluar, aku dengan miss_confident lah yang keluarkan stokin busuk tu dari beg Mr. Danny Phantom. Aku buat tu atas dasar kemanusiaan, tapi aku tak taulah miss_confident tu macam mana. Sebab dia yang beria-ia nak tulis surat kat Mr. Danny Phantom, nak bagi tau Mr. Danny Phantom ada orang bubuh stokin busuk kat dalam beg dia.
       Bila kitorang tanya miss_shy, apa motif dia buat semua tu, katanya, dia tak nak Mr. Danny Phantom sukakan dia. Lah.... Rupanya dia perasan Mr. Danny Phantom tu suka kat dia.. Isy.. isy.. Nampaknya miss_shy pun dah terkena jangkitan virus penyakit kronik bergelar cinta tak berbalas....
miss_cherry
     Hari ini ialah hari yang merupakan hari yang agak gembira buat aku. Walaupun tidak seberapa bagi yang lain, namun, bagi aku, satu perkara gembira terjadi dalam sesuatu hari itu, kiranya gembiralah tu.
     Kumpulan aku berjaya mendapat tempat pertama ketika membuat pembentangan tentang keburukan & kebaikan adab bekerja. Walaupun kedengaran tidak seberapa, namun inilah kali pertama kumpulan di bawah bimbingan aku mendapat tempat pertama dalam kerja-kerja pembentangan yang di beri oleh ustaz.
    Seperti biasa, Mr. Danny Phantom dan Mr. Jimmy Neutron kekal berlagak. Dengan rambut macam orang sakai, baju pulak dipakai setakat nak tunjuk poyo kat budak perempuan, datang kelas petang, rasa macam nak muntah pula bila tengok. Lebih-leboh lagi, mata si Mr. Danny Phantom tu memang gatal. Sekejap-sekejap meliar memandang budak perempuan. Untung aku tak dipandangnya.
    Aku tahu, dia sering menjadi idaman pelajar permpuan lain. Maklumlah, muka boleh tahan walaupun sebenarnya mengalahkan beruk. Budak perempuan ramai yang kata diorang menyampah kat Mr. Danny Phantom. Tapi dah terang lagi bersuluh, diorang sendiri minat dekat Mr. Danny Phantom sebab asal duduk berbual dengan aku, tak ada topik lain, asyik-asyik si Mr. Danny Phantom tu. Bosanlah! Sebab tu kalau dah mula diorang topik pasal mamat tu, aku terus blah. Tak kuasa nak layan. Isy.. Isy.. Penyakit cinta diorang memang kronik! Tak sanggup nak di fikirkan lagi!
miss_cherry