welcome~

selamat datang..hope tertarik ye!!

gadess cherry


I made this widget at MyFlashFetish.com.

welcome~

welcome to my blog..

Friday, January 21, 2011

Assalammualaikum,
              Hari ini ada kelas tambahan. Dan ada perkara yang aku nak ceritakan sepanjang kelas tambahan.
              Kitorang semua dah sedia maklum bahawa kelas tambahan mula pukul 8:00 pagi. Tapi, adalah mamat poyo tu datang pukul 9:00 pagi. Dia ialah... Mr. Danny Phantom yang digilai oleh budak perempuan yang ada penyakit cinta yang kronik. Lepas tu, guru yang mengajar kitorang tu, atau aku panggil dia Mr.M. Kata Mr.M, budak ni action. Dah lah lambat, action pula tu. Waktu tu lah dia diketawakan oleh semua orang. Serves him right! Budak perempuan yang suka kat dia gelak lebih-lebih. Menyampah!
              Sekarang aku dah dapat cam sorang lagi budak yang RAPAT dengan aku, yang suka Mr.Danny Phantom. Dia ialah.. Miss_Confident.
            Buktinya ialah, tadi waktu kelas dah habis, dia ajak aku pergi tandas, aku pun ikut ajelah. Masa kat tandas, dia tanya aku 'Kau percaya tak 'Mr.Danny Phantom' suka dekat ______?' Aku cakap entah ajelah. Aku tahu, semenjak terdengar khabar angin pasal si Mr.Danny Phantom tu minat kat awek sorang ni, miss_confident ni jadi lain macam sikit. Cuma waktu tu, aku malas lah nak fikir yang bukan-bukan. Tapi, bila waktu kat tandas tadi, aku dah mula somethinglah.
          Kat kelas tadi pun sama. Ada sorang budak perempuan ni, berdasarkan sifat dia, aku gelar dia miss_shy. Dia ni pemalu sikit. Tapi bila depan Mr.Danny Phantom ni, bukan main lagi! Isy..Isy.. Aku memang tak sangka betullah. Budak macam miss_shy tu macam tu.
        Minggu lepas, miss_shy dengan miss_diva (kawan baik miss_shy), pergi letak stokin busuk kat dalam beg Mr. Danny Phantom. Bila miss_shy dengan miss_diva dah keluar, aku dengan miss_confident lah yang keluarkan stokin busuk tu dari beg Mr. Danny Phantom. Aku buat tu atas dasar kemanusiaan, tapi aku tak taulah miss_confident tu macam mana. Sebab dia yang beria-ia nak tulis surat kat Mr. Danny Phantom, nak bagi tau Mr. Danny Phantom ada orang bubuh stokin busuk kat dalam beg dia.
       Bila kitorang tanya miss_shy, apa motif dia buat semua tu, katanya, dia tak nak Mr. Danny Phantom sukakan dia. Lah.... Rupanya dia perasan Mr. Danny Phantom tu suka kat dia.. Isy.. isy.. Nampaknya miss_shy pun dah terkena jangkitan virus penyakit kronik bergelar cinta tak berbalas....
miss_cherry

No comments:

Post a Comment